" SELAMAT SELAMAT DATANG KE LAMAN URUT TRADISI "

Tuesday, December 18, 2007

PAKAR URUT, PETUA-PETUA KESIHATAN LELAKI DAN WANITA, KEBAIKAN URUT, URUT KESIHATAN, URUT TRADISIONAL MELAYU DAN KEBAIKAN-KEBAIKAN URUT

URUT TRADISIONAL

Kos rawatan
Rm 70 sejam
Rm 100 satu setengah jam
Rm 140 dua jam

Lemah syahwat ( Lemah saja)
Rm 70 sejam

Hubungi Abg aries 012-2948937 10pagi-7petang, jam 6 last call. Whatsapp/call viber pun boleh, Sms tak akan dilayan kecuali yang pernah datang.. Out call saya tak buat ya. Harap maaf.

Sila rujuk dan salin peta serta panduan dibawah untuk kesini. Supaya lebih mudah. Hanya ikut arahan jalan seperti kiri kanan dan sebagainya. Dijamin sampai dengan selamat sejahtera.





Masuk taman melawati, jalan terus sampai jumpa bulatan hilside. ( Roundbout ). Ambil jam 12, jalan depan sikit nanti jumpa masjid sebelah kiri. Jalan lagi jumpa bus stop sebelah kiri. Ambil simpang kanan yaitu jalan melawati yang berdepan bus stop. Jalan depan sikit, ambil lorong kiri yang kedua, tak ada nama jalan. Ambil kiri lagi naik atas bukit. Nanti jumpa simpang tiga, ambil kanan. Jalan depan sikit nanti jumpa rumah no 7 pagar hijau atas bukit. Jarak antara simpang masuk taman melawati tadi kesini lebih kurang 2 kilometer saja. Atau 1/2 jam berjalan kaki.

Tidak perlu bawa kain atau tuala kerana semua sudah tersedia. Kain cadar dan sarung bantal sentiasa ditukar setiap kali sesi urutan selesai. Semuanya bersih.

Bagaimanapun untuk lebih yakin  digalakkan bawa sendiri kain atau tuala sendiri untuk dipakai dan lapik.

Ini bukan rumah urut, bukan pusat urut, bukan kedai, bukan pusat rawatan islam dan sebagainya, hanya rumah biasa.

Urutan akan dilakukan sendiri oleh saya.

Perhatian
segala maklumat didalam ini sentiasa betul dan sama. Jika ada perubahan saya akan beritahu disini. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang tertera di halaman ini. Harap faham betul-betul.Maaf, terima kasih.


Bulatan hillside.


Gambar-gambar hanya untuk memudahkan anda mengecam sepanjang jalan kesini.

Petua Imam Syafie 4 perkara untuk sihat
Ada Empat perkara yang boleh menguatkan badan
1. memakan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Dan Empat perkara yang melemahkan badan
1. Terlalu banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu merasa cemas
3. Terlalu banyak minum air ketika makan
4. Dan banyak sangat makan bahan yang masam
Empat perkara yang boleh menajamkan mata
1. Elok duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang panaroma yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. bila memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat pada kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para alim ulama
................................................................................................................................................................
Pisang dan khasiatnya
DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi
untuk mencegah kanser mengikut kajian yang dibuat, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum air masak sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan pun yang dapat
dijimatkan.
Katakan Sebiji pisang (20sen) x 30hari = jadi RM6.00 sebulan.
Dan Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60 tahun
= RM 4320.00 saja
Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x 8
Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 ..
cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan
kesihatan kita.



Lagi kebaikan buah pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok: Mengikut kajian dalam buku € ¢â’ ’¸The New England Journal of Medicine€ ¢â’ ’¸, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, € ¢â’ ’¼Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!€ ¢â’ ’½ PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
........................................................................................................................................................................

Kelebihan batuk
Ada Satu kajian yang dijalankan oleh seorang doktor perubatan di Poland, mendapati tindakan pesakit jantung melepaskan batuk sekuat mungkin ketika serangan penyakit itu, boleh menyelamatkan nyawa mereka. Ketika batuk, proses mengepam darah ke seluruh badan dan otak akan berlaku. Menurutnya lagi, batuk yang dilepaskan mengikut tempoh tertentu membantu pesakit berada di dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.




KEMBALI KEHALAMAN UTAMA URUT TRADISI TRADISI


..................................................................................................................................................................

Undergoing MyBlogLog Verification